? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.5 (13 Ratings)??3 Grabs Today. 18189 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Unreachable Star? ????? ?? ???Rating: 4.2 (9 Ratings)??3 Grabs Today. 3574 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Summer Shoes BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 9, 2009

Jalan itu yang ku pilih...

Salam sahabat-sahabat sekalian. Hari ni, alhamdulillah, Dia masih memberikan kesempatan untuk sy menaip satu lagi post di sini. Terlintas di fikiran sy tentang perkara ni semasa sedang membaca thread2 di laman web kegemaran sy, iluvislam.com.

Dalam siri pengembaraan hidup sy mencari redha ilahi...sy sering terkenang kembali dosa silam yang pernah meng 'hantu' i hidup sy. Hebat sungguh tipu daya iblis dan syaitan ditambah pula kehebatan hawa nafsu,sehinggakan, sy yg boleh dikira2, ada ilmu agama ni pun boleh tergelincir. Shbt sy mengaku dia yg menyebabkan sy tergelincir kerana katanya, dirinya jahat...oh no!

Kepada shbt sy yg berkata tu, ketika itu, sy tak sempat nk menjawab, kerana terlalu sebak di dada. Tetapi, hari ni sy nak smbung semula ayat tu..."shbt, bukan kau yg menyebabkan aku tergelincir, tetapi Allah lah yang menggelincirkan ku kerana jalan itu yang kita sama-sama pilih...". Ingatkah lagi sahabat, bahawa Allah ada berfirman, "Andai dunia yang kau minta maka akan aku berikannya kepadamu...", surah mana sy kurang pasti. Dan, memang ketika itu, kita mendapat dunia. Ingatkah lagi sahabat? Hidup kita ketika itu seolah-olah tiada penghujungnya kerana jalan itu yang kita pilih.Jalan itu yang ku pilih.

Dan, sy bersyukur, kerana, sy msh diberi peluang untuk menghirup udara segar di bumi Allah. Thank u Allah. Di dalam dunia khayalan,sy tiba-tiba ditarik oleh Allah. Sy tersentap. Tarbiyyah yg diberi, walaupun sukar untuk sy terima pada awalnya, tp akhirnya sy akur. Kerana Allah ada berfirman.."boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu."

Di jalan tarbiyyah ini, sy berusaha mencari redhaNya. Kini, sy tenang berada di jalan ini. Banyak petunjuk yang Allah kurniakan kepada sy yg membuatkan keimanan dan ketaqwaan sy kepada ilahi semakin kuat dan utuh. Alhamdulillah, jalan ini yang sy pilih. Jalan ini jalan yang lurus. Byk kejayaan yg sy kecapi dalam masa tak sampai dua bulan sy berada di jalan ini, berbanding byknya kegagalan yg sy capai semasa sy memilih jalan yg lagi satu itu. Kejayaan-kejayaan yg sy tempa ini, lebih meyakinkan sy bhw Allah telah membantu sy dengan sepenuh kasih dan sayangNya.Sy sgt terharu.



Khas buat shbtku, andai kau merasakan kau terlalu lelah berada di jalan itu, kembalilah ke jalan Allah. Dia sentiasa menunggu mu di sana. Aku telah kembali, dan aku menemui ketenangan di jalanNya. Aku tidak berniat untuk menentukan masa depanmu, sahabat. Tolong, tolong jangan berkata begitu lagi, hatiku terluka dengan katamu itu. Aku hanya mengingatkan, kerana hanya itu yg termampu...~Aku mintak maaf kerana tidak dapat menegurmu dari dekat, tetapi cukuplah aku memerhatikanmu dari jauh, kerana aku yakin, Allah berada disisimu, Dia lebih dekat denganmu, jauh lebih dekat daripada urat lehermu sendiri, sahabatku, kembalilah~

Tuesday, December 8, 2009

TERUK di BRAINWASH olehNya...taubat tak nak buat dah!!!


Sy ingatkan titik hitam di dalam hati sy telah hilang sepenuhnya...setelah sekian lama sy cuba meredhai ujian yg Allah berikan. Rupanya tidak. Siang dan malam sy memohon kepada ilahi agar dikuatkan iman, alhamdulillah, iman itu semakin melekat di hati sy, cuma mungkin belum cukup kuat utk membuang selaput hitam yang membaluti hati sy yg kotor lantaran dosa-dosa silam.

Sy akui, sy lemah. Sy sering teringat, kata-kata seorang motivator terkenal, katanya, "Allah akan menguji kita pada titik terlemah di dalam diri kita". Ya, memang benar perkara ini. Allah menguji sy pada titik terlemah di dalam diri saya.

Namun, sebagai hambaNya, saya redha di atas segala yang terjadi. Moga Allah juga meredhai saya. Namun, untuk mengucapkan perkataan REDHA itu tidaklah semudah menaipnya, melainkan dengan keimanan. Sy bersyukur kepada ilahi, di atas ujianNya ini, keimanan di dlm diri sy bertambah. Seringkali sy tersungkur di dalam mempertahankan keimanan ini, namun Allah jualah sebaik-baik pemelihara iman di dalam hati sy. MasyaAllah.

Untuk mempertahankan keimanan pula, tidaklah semudah menyebut ABC... kerana nikmat iman itu perlu dicari.
Ya, step pertama sy kembali mencari iman ialah...selepas sy 'TERUK di BRAINWASH' olehNya. Mahasuci Allah...Brainwash Allah bukanlah mcm brainwash manusia...Kalau di brainwash oleh manusia, boleh lg lari balik kampung, pergi bercuti, pergi enjoy, picnic and etc untuk menenangkan perasaan...tapi, di brainwash oleh Allah, sy nak lari ke mana?...

"Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada..." Al-Hadid;4.

Selepas teruk di brainwash...sy sedar, sy tak mampu lari dari Allah. Di saat itu, sy mencari kekuatan di dalam diri. Sy bertekad, sy mesti kembali kepada Allah, demi tidak terus di brainwash lagi olehNya. Taubat! Sy taknak dah di brainwash buat kali kedua, ketiga atau kali keberapa pun....sy tak mau...tak mau.!!! Hati sy menjerit hiba. Teringat sy, tp sy tak konfem samada ini firman Allah atau hadis ke apa ka...tp, ayatnya berbunyi lebih kurang macam ni..." Allah boleh membuat perkara yang lebih luar biasa daripada apa yang kamu fikirkan"...

Step yg kedua,...sy kembali menjejakkan kaki ke surau. Walaupun di surau kolej sahaja, tetapi, di situ, sy temui ketenangan. Di rumah Allah yang kecil ni, sy menghabiskan waktu untuk kembali mencari keimanan. Msh teringat, ketika di asrama dulu, kerapkali sy mengunjungi surau, kerana sy tenang di situ, tetapi, setelah terpedaya dgn nafsu, syaitan dan iblis, sy tidak lg menjejakkan kaki ke sana...semakin hari semakin berat kaki sy untuk melangkah ke sana hingga akhirnya, sy lupa jalan ke rumah Allah...hinanya sy ketika itu.

Step yg ketiga,...sy kembali berkawan dgn shbt2 yang solehah...dan tinggi ilmu agamanya. Kalau dulu, merakalah shbt baik sy, tetapi, dek kerana godaan dunia, mereka sy sisihkan dari ingatan sy...sedihnya...Tp, tidak lg kini, InsyaAllah untuk selamanya. Berkawan dengan mereka mengingatkan sy pada Allah. Bercakap dengan mereka membuatkan hati sy tenang. Tiada hal-hal cintakan dunia yg sy tuturkan, melainkan sama-sama saling ingat mengingatkan untuk sentiasa mengingati Allah di dalam setiap nafas kehidupan.

Step yg keempat...tiada lagi sahabat baik sy ketika ini dan insyaAllah selamanya melainkan, Al-Quran ul kareem. Al-Quran tak sama macam shbt2 yg lain. Dia sgt tegas. Yg benar tetap benar, yg salah tetap salah. No kompromi. Walaupun Al-Quran tidak mampu berbalas cakap dgn sy, tetapi, Al-Quran sentiasa berbicara dgn sy. Bicara yg meruntun jiwa sy. Bicara yg kadang2 membuatkan sy menangis sehingga tersedu-sedu dan kadang-kadang tersenyum sorang-sorang. Di kala hati sy menangis sy selalu peluk Al-Quran, sy rasa ia seperti satu kekuatan untuk sy...dan apatah lagi selepas membacanya...sy kembali tenang.

"...dan sesungguhnya Dia lah yg menjadikan orang tertawa dan menangis" An-Najm;43.

Step kelima...Solat. Solat tiang agama. Solat benteng kemungkaran. Solat. Kalau dulu mungkin sy ada kalanya tertinggal solat kerana leka dgn dunia...kini, sy alhamdulillah, diberi kekuatan tubuh badan untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam...ditambah dgn solat-solat sunat yg lainnya. Sy sentiasa akan cuba memperbaiki solat sy, kerana Allah ada berfirman yg sy kurg ingt dlm surah apa...berbunyi begini kalau tak silap...tunaikanlah solat bagi mencegah kemungkaran. Sy akan berusaha untuk khusyu' di dalam solat, agar dgn solat, sy dpt menghindarkan diri drp perkara-perkara mungkar.

"Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar"

Step keenam...Doa senjata mukmin. Berdoalah. Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sy selalu mendengar ustaz-ustaz berkata, "Mintaklah...mintak dengan Allah tu...jangan jemu. Mesti Allah bagi. Allah bukannya macam manusia, kalau dah mintak banyak-banyak kali, mula rase meluat dengan org yg mntk tu....Allah tak macam tu, kerana Dia Allah. Dia suka sangat kalau kita mintak pada dia. Ingatlah, orang2 yg tidak berdoa kepadaNya adalah orang-orang yang sombong". Sy tidak sekali-kali lupa berdoa pada Allah,...byk yg sy hajatkan. Banyak sgt. ^_^.

"Dan tuhanMu berfirman, "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu..." Al-Mu'min;60.

Step ketujuh... "Iqra' "..."Bacalah..." Ya, saya banyak membaca. Sy membaca demi mendekatkan diri sy denganNya. Selepas Al-Quran, buku kedua yang sy baca demi mendekatkan diri sy kepadaNya ialah...karya Fatimah Syarha, apa lagi kalau bukan 'Tautan Hati'. Terima kasih kak Fatimah. Dari buku ini, sy belajar untuk membina roh islamiah di dalam diri, lantas membina keyakinan kepada Allah di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Buku ketiga yg sy baca demi mendekatkan diri kepada yang Esa sudah tentulah keluaran Telaga Biru, iaitu majalah Solusi. Hati sy terpana dgn pengisian dan dakwah yg terdapat di dalam majalah ini...Sungguh bermanfaat.

dan terakhir...sebagai hamba...Tiada apa lagi yg mampu sy lakukan... Melainkan

BERUSAHA-BERDOA-YAKIN-TAWAKAL

sy menyerahkan diri sy kepada Allah...Sy meletakkan seluruh cinta teragung sy, untukNya. Allah . Dialah kekasih yg sy cari selama ini. Kerana sy yakin, Dia yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang pasti tidak akan membiarkan sy tersesat lagi. Sy tidak mahu lagi menjadi 'seorang agama' yang hanya pandai bercakap, tapi tak pandai buat. Allah...terimalah taubatku. Ampunilah aku.




Tuesday, December 1, 2009

Kenapa GEOLOGI?


"Ha, geologi? Kenapa ambek geologi?"


Saya pasti ramai pelajar-pelajar geologi menghadapi soalan ni setiap kali berhadapan dengan masyarakat, bukan masyarakat di luar je, malah 'masyarakat' di dalam kampus pun. Saya ingat lagi, masa saya di tahun 1, baru masuk jer, rumate saya yang berbangsa Tionghua bertanya, "You suka belajar batu ke?" soalannya membuatkan dahi saya berkerut. "Ada ker orang suka belajar pasal batu dalam dunia nih?...huhu" hati saya berdetik disebabkan saya tak tahu pun yang geologi tu belajar pasal batu...hehehe.Hakikatnya, saya tidak pernah berminat pun untuk belajar geologi, apetah lagi tahu mengenai bidang geologi. Jujurnya, saya masuk ke geologi dengan zero.
...Cita-cita saya tak pernah tetap. *PELIK*. Kadang-kadang saya jeles dengan kawan-kawan saya yang ada matlamat au cita-cita. Saya ingat lagi, cita-cita saya waktu sekolah rendah dulu, ada dua jer, satu nak jadi saintis dan satu lagi nak jadi polis. Saya nak jadi saintis sebab saya suka kepada penyelesaian masalah. Saya suka sangat sekiranya ada orang atau kawan-kawan bertanya, dan saya dapat menjawab persoalan tersebut. Then, saya nak jadi polis pulak sebab dah tentulah sebab ayah tersayang ialah seorang anggota polis...heheh. Saya sebenarnya suka tengok orang pakai pakaian seragam ni, look smart!. Saya suka smart then saya pun fikir nak jadi polis, sampailah saya menyertai Kadet Polis time di sekolah menengah rendah dulu. Tapi,...sedey, ayah kater ketinggian saya kurang sikit.Aiseh. Tp, ye ker kurang?...cam lepas jer...huhu.Takpelah.

Then, masuk menengah atas, saya berpindah ke sekolah lain...sekolah yang dipenuhi manusia
-manusia elit(tak termasuk saya). Kat sekolah gini mana ada orang yang bercita-cita nak jadi polis...=( Sy dikelilingi manusia yang bercita-cita tinggi, iaitu 'nak sambung medic di oversea'. Saya cam bosan asal cita-cita semua nak jadi doktor. Sy ni memanglah manusia yang paling tak suker jadi doktor.*Anti-doktor*. Pemikiran kolot saya time tu ialah saya tak suker orang taw ape yang sy ada, dan sy tamau taw aper yang opposite gender ada.HUHUHU. Cita-cita saya beralih ke arkitek. Ye, saya nak jadi arkitek landskap. Satu kelas saya time tu tahu sy nk jadi arkitek landskap. Mana dorang taw ntah. *PELIK*. Siap bagi artikel2 pasal arkitek landsap kat saya.......time kasih kawan-kawan.


Tapi.....saya mana ada amek lukisan kejuruteraan???. Sekali lagi cita-cita saya terbantut. Niat untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang arkitek di universiti impian, UIA, tak kesampaian, sebab syarat tuk amek arkitek di UIA time tu, kene pegi ujian melukis.*CRY BABY*. Memang saya suka melukis, tapi takkan dia nak suruh saya lukis rumah di tepi sawah pulak kan tuk amek arkitek...Akhirnya, terpaksalah, saya melangkahkan kaki ke matrikulasi...tanpa sebarang cita-cita. HUHU. Di sini, jeng jeng jeng.....heheh, saya diperkenalkan dengan satu cita-cita baru iaitu, Kejuruteraan Kimia. Heheh. Inilah cita-cita saya masa di matrik iaitu nak jadi jurutera kimia. Perjalanan saya nampak macam smooth jer tuk amek kej. kimia. Tp, rupa-rupanya tidak=0...pngk tidak mencukupi untuk membolehkan saya mengambil kej. kimia...sekali lagi saya termenung dan berfikir..."ape sebenarnya yan aku nak jadi ni?"....


Masuk ke UM, saya diletakkan oleh Allah di fakulti sains...entahlah, orang kater ni fakulti buangan...saya pun tak tawlah. Sebab yang saya taw, pengaruh fakulti sains di dalam menentukan ranking UM di peringkat dunia adalah paling besar. Sebab fakulti ni paling banyak melakukan research, yang mana research adalah penilaian yang paling tinggi digunakan untuk menilai status sesebuah universiti, menurut kata dekan fakulti sains pada tahun 2006/2007 waktu tu.


Masa minggu interaksi, sekali lagi saya dilema, saya nak mengkhusus ke jurusan apa?...fizik, kimia, math?payahnya.......Geologi?tolak tepi kot!hehe...Saya tak pandang langsung kot geologi i..huhu. Akhirnya, saya ambek keputusan untuk amek kimia. Sebab saya fikir, mungkin saya boleh pergi ke dalam kej. kimia kalau saya amek kimia.

Tapi, ternyata kekuasaan Allah mengatasi segalanya.

Keajaiban berlaku di dalam diri saya, semasa nak mendaftar, ye, semasa sedang beratur untuk mendaftar pengkhususan, tiba-tiba, saya teringatkan kakak naqibah saya semasa di matrik, dia menceritakan kepada saya, dia bersyukur kerana mengambil geologi kerana dia belajar untuk mengenal alam ciptaan Allah, belajar untuk kagum dengan semua yang terjadi di alam semesta ni...Ya, hatiku milikmu Allah. Dalam sekelip mata saya mengambil keputusan untuk memilih geologi.*PELIK*. Tapi, itulah yang dinamakan taqdir. Yang saya katakan taknak dulu, akhirnya itulah yang saya pilih.


Saya yakin dengan petunjuk-petunjuk yang saya alami selepas mendaftar kursus, yang akhirnya meneguhkan hati saya untuk menjadi pelajar Jabatan Geologi, UM.

NAMUN,......ya, Allah memang telah berkata tidak dikatakan kamu beriman selagimana kamu tidak diuji. Ya, saya diuji di sini. Di jabatan geologi kesayangan saya. Selepas berakhir tahun pertama, saya berfikir untuk menukar jabatan pula. Saya berbincang dengan mak dan ayah. Berbincang dengan rakan-rakan dari jabatan yang saya bakal tukar ke sana. Semua menyokong saya untuk berhenti geologi dan menukar jabatan. Saya tak tahan dengan geologi...Susah bangat. Susah dan susah. Kalau jabatan lain, mungkin akan mengkhusus pada satu-satu perkara sahaja seperti kimia, kimia je la....tapi, di geologi, saya berlajar semua, fizik, kimia, math, bio. Yer,hebatkan?...Bayangkanlah, saya mendapat F untuk satu subjek geologi di semester 1 tahun 1...Tidak pernah tercatat dalam sejarah hidup saya mendapat F dalam subjek yang sy ambek.


Walaubagaimanapun, jika sudah dikatakan taqdir, memang taqdir jua. Saya tidak jadi menukar jabatan. Sebab hati saya masih di sini. Di jabatan Geologi. Dan, alhamdulillah, perjalanan saya selepas itu di jabatan geologi menjadi semakin smooth dari yang sebelumnya...tambahan lagi saya dikurniakan seorang sahabat yang memahami saya di sini. Dengan kehadiran sahabat saya ini, saya menjadi seorang yang tabah untuk meneruskan pengajian di dalam bidang ini. Ya, taqdir Allah juga yang tidak membiarkan saya keseorangan di geologi selepas itu, kerana dia telah 'menghantar' sahabat saya itu di sisi saya. Dan, alhamdulillah, saya tenang belajar di jabatan geologi selepas itu. Tiada lagi istilah-istilah negatif tentang geologi yang keluar dari mulut saya.


Setelah semuanya berlalu, kini, saya telah pun menamatkan pengajian di jabatan geologi, UM dan bakal bergelar graduan geologi atau senang sangat, pensyarah sumer panggil kami geologist. Ya, saya telah pun bergelar geologist.*Bukan jawatan, tapi gelaran jerrr*


Dan, sekarang, saya sudah menceritakan kenapa saya berada di bidang ini, dengan agak detail. Selepas ini, jangan ditanya lagi kenapa saya memilih geologi. Kerana, jawapannya ialah Allah yang memimpin saya untuk mengambil Geologi. *I Luv U Allah*




Adakah Kau Lupa?


Saya dah lama tertarik hati pada lagu ni yang dialunkan oleh kumpulan nasyid tanah air, ALARM ME. Mesej yang disampaikan cukup membuatkan hati saya bersemangat dan berkobar-kobar untuk bermujahadah...Saya akui diri saya sering lupa dan lalai dalam mengingati setiap suruhan ilahi. Pertama kali saya dengar lagu ni ketika saya pergi ke sebuah kem islamik di luar kampus dua tiga tahun lepas. Tak tahan, berderai juga air mata saya mengenangkan kepayahan untuk mendaulatkan islam di muka bumi Allah...tapi, alih-alih kita sekarang tak menghargai langsung, langsung lupa akan kehebatan islam yang pernah dijulang di muka bumi Allah ni, sebaliknya kita menjulang kehebatan barat yang terang-terangan nak menghancurkan islam.*renung-renungkanlah*


Monday, November 30, 2009

Hearty-Ku; Jangan simpati padaku

Kehidupan ini memang penuh dengan duri
Jalanilah ia dengan kekuatan dalam diri
Dugaan sememangnya pahit
Tetapi hikmahnya penuh kemanisan...

Kadangkala rasa cam nak nangis
Tapi kena tahan
Agar orang lain tak simpati..
Bosannya hidup dengan pandangan simpati orang...
Boleh tak pandang aku seperti insan biasa...

Kehidupan aku memang penuh liku..
Tapi, ramai lagi yang berliku-liku kehidupannya
Hulurkan simpati pada mereka
Dan, benarkan aku jadi independent

Aku cuma seorang insan biasa
Takde ape yang luar biasa dalam diriku
Aku tetap makhluk Allah yang kerdil
Tapi itu bukan alasan untuk terus berteduh di bawah bayang2 orang lain

Pemergian kau banyak mengajar aku
Agar jangan terlalu berharap pada orang lain
Kerana manusia takkan kekal di sisi kita
Hanya Allah yang sentiasa dan kekal bersama kita...

Ya Allah, kuatkanlah semangat aku...kurniakan aku ketabahan dan ketenteraman dan ketenangan...
Ya Allah, ampunilah diriku yang banyak berbuat dosa padaMu....

Hearty-ku

"Sebaik-baik ibadah adalah sabar menunggu jalan keluar"
Pesan rasulullah S.A.W

Wednesday, November 25, 2009

Dedication of the year.


I wish to dedicate the song title "Tika itu by UNIC" to all my beloved friends. The song is related to us NOW i think, may all f u enjoy it. Just go to the sidebar 'Hepi-hepikan telinga anda' and choose from the menu on the mixpod the song title 'tika itu' okies?...=).

Geologist vs Kejer kedai henpon



Hari ni,...hari kedua yang sepatutnya sy ke dept. utk jumper dr. kesayangan...tapi, tak pi sebab malas. Tak tawla bilernyer nak rajin, tak habih-habih dengan malas. Ni kalau mak taw ni, kompem kener pot pet pot pet dgn mak. Mak memang pantang biler dengar anak-anak dia cakap boring dan malas. Sy takder 'booster' nak teruskan paper ni. Memangla pk nak glemer buat paper nih... sebab ble dah ada name, tak dalam tenet, paling kurang-kurang pun dalam warta geologi, nanti orang lain mesti tertanyer-tanyer, saper tuh, saper tuh...hehehe.huhu, tapi, susah payah nak wat paper nih korang tak taw.......Hanya insan-insan yang terlibat jer yang taw...salah satu cth susah payah itu ialah , sy terpaksa meng'cut off ' my residue pocket money for the rent room payment. Then, terpaksa pulak stay sorang2 di bilik ni, di dalam floor yg cuma ada 3 orang (at least, alhamdulillah ada jgk org)... Macam-macam life ni...To success to sacrifice.


Ya Allah, bagilah aku kekuatan untuk berjaya dalam setiap perkara baik yang aku lakukan.Ameen.


Eh, aper kaitannya dgn geologist vs kejer kedai henpon?...apela merepek. Sebenarnyer takder kaitan pun!...hahaha. Tajuk tu sajer jer, dah terlintas di pikiran, letak je lah.hehe.

Saturday, November 21, 2009

Tamatlah sebuah buku hidupku di UM...

Tanggal 19 November 2009, jam 1.30 petang, tamatlah sebuah kisah hidupku di UM yang sangat kucintai ini...Selepas 4 tahun setengah saya duduk di UM, akhirnya, saya akan menjejekkan kaki keluar jugak dari UM ni...sedih. Banyak kenangan saya di sini. Hampir 25% daripada usia saya sehingga hari ini, saya habiskan di UM... Memori lalu takkan saya lupakan...

Wednesday, November 11, 2009


Hidup dengan Al-Quran.


Bila terbaca satu komen di satu web islamik ni, saya rasa saya pun nak post bender yang sama la.
Hiduplah dengan Al-Quran. Nikmatnya??...Perghh, memang tak boleh blah!..huhu. Cuber la dulu, baru taw. Tak cuber tak taw!

First sekali nikmat Al-Quran yang saya selalu fikir, hahaha....jeng jeng jeng. Nak taw?...Ok, cuba korang-korang sumer fikir, sepanjang umur hidup korang, apekah jenis bahan bacaan yang korang penah baca, yang satu dunia share baca dengan korang? Ha, cuba fikir cepat. Bukan jer satu dunia hari ini share baca dengan korang, tapi, satu dunia ni, sejak 1400 tahun yang dolu-dolu lagi dah share baca benda ni dengan korang...haaa...taw dak aper dia?....

Ok2, kamon. Next question. Cuber fikir, korang tak raser bertuah ker, dapat baca benda yang sama dengan yang rasulullah penah baca?...tak rase bertuah ker, kiter bleh baca apa yang nabi baca, apa yang saidina abu bakar, saidina umar dan etc sumer tu bacer? Ingat senang ker nak baca 'sesuatu' yang same dengan utusan sekalian umat ni baca. Even orang Kristian la ni pun, mana ada dapat baca kitab injil yang sebenar-benar macam yang diwahyukan Allah kepada nabi Isa. Betoi dak?

Biler saya baca AQ, saya mesti ingat, saya bertuah sebab dapat baca ayat yang berasal directly dari sisi tuhan. Even saya baca buku geologi, buku sekolah, buku lah apa pun, manusia yang tulis, bukan datang direct dari tuhan. Bukan tuhan yg buat ayat tu!
So, ini adalah ayat-ayat psiko yang saya guner untuk membuatkan saya terus menjadi Al-Quran addict.huhu.

Tapi, sebenarnya, Al-Quran ni adalah penenang jiwa. Tak cayer? Try la!...Al-Quran is a great psychologist. Bila baca AQ, dia macam bercakap dengan kiter, biler sedih, dia pujuk, biler putus asa, dia tolong naikkan semangat, biler buat jahat, dia marah dia bagi peringatan, dan sampailah satu saat biler kiter mencintai AQ, AQ pun mencintai kiter, macamana kiter mencintai AQ.
Pastikan baca AQ, baca dengan tafsir sekali tau, baru power! Sebab kiter (saya dan korang-korang yang tak faham bahasa arab) ni tak faham sangat pun AQ kalau kiter baca tanpa tafsir. Kalau tak faham, macamana nur AQ nak masuk dalam hati. Biler tak faham, macamane nak amalkan, k?
Selamat hidup dengan Al-Quran korang!

I have a big god!


Time tengah relax2 petang semalam sebab dah terlalu khusyuk ulangkaji 'nurkasih'...huhu, henset saya berbunyi. "Oh, member upsi" kata saya di dalam hati. Sahabat saya yang sorang ni memang sangat baik, alhamdulillah Allah kurniakan sahabat sepertinya. Rasanya, dah nak dekat lima tahun kami tak jumper, padahal duduk satu negeri jer pun, cumer study jer jauh sket, saya 'overstate', dia ni 'instate'...hehe. Dia kawan baik saya di sekolah di taiping dulu, kawan baik yang sangat baik (i luv u dear). Banyak forward2 mesej yang dia selalu hantar kat saya, yang membuatkan saya selalu muhasabah diri.

Dan, semalam, satu lagi forward mesej yang dia hantar kat saya. Simple jer, tapi saya rasa inilah forward mesej yang akan sentiasa saya ingat. Mesejnya berbunyi:


'In times of difficulties, don't ever say "God, i have a big problem", but instead, "hey problem, i have a big God" and everything will be alright'


Mesej ni membuatkan saya tersenyum. Saya teringat kertas-kertas tazkirah yang di tampal di surau kolej yang selalu saya baca. Banyak yang saya baca, tapi yang satu ni saya mesti akan ingat biler saya down, tazkirah tu berbunyi :


" Berkawan baiklah dengan Allah. Bila kita dah berkawan baik dengan Allah, tak ada apa lagi yang perlu kita takut, sebab Yang Paling Kuat ada di sisi kita."


Saya bersyukur, semakin saya mendekatiNya, semakin mudah jalan yang saya tempuh sehari-hari. Setiap hari, ada jer peringatan-peringatan yang saya dapat dari Allah...(bukan wahyu arr, dari Al-Quran ler.)


Dan, dari kalamullah ni, perkara yang saya paling akan ingat selama-lamanya ialah saya belajar meyakini bahawa Allah itu Maha Memiliki. Ya, Al-Mulk. Allah memiliki segala-galanya. Semua. Tak ada satu pun yang terlepas dari kekuasaan Allah.


Semenjak daripada saya meyakini bahawa Allah memiliki segalanya, bila saya ada masalah, saya berkata, "oh problem, i have a big God". Apabila saya takut nak menghadapi exam, sebab takut tak boleh score, saya akan ingat bahawa, Yang Paling Kuat ada di sisi saya. Dan apabila saya terus berfikir-fikir macam-macam perkara terutamanya tentang masa depan, saya ingat bahawasanya Allah itu Maha Memiliki, Dia memiliki saya, Dia memiliki segalanya tentang saya, masa lalu saya, masa hari ini, masa depan saya dan Dia juga memiliki masa lalu, masa hari ini dan masa depan kamu, dia dan semua orang dan semua makhluk...


Tak ada apa lagi yang perlu saya khuatirkan lagi kerana saya memiliki Allah!

~Dan tuhanMu berfirman, Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu...(Al-Mu'min:60)~


Tuesday, November 10, 2009

Ni Jepun.

Bunga sakura yang putih dan suci...sejuknya.

Gunung Fuji dan proses geologi yang membentuk gunung ni, subhanallah.

Naper dengan Jepun?...Hehe, selain daripada Mekah, tempat yang paling saya nak p ialah Jepun...Huhu. Kenaper?...sebab kerana. Hehe, saya suker negara yang pernah menjajah Tanah Melayu ni, kenaper?, kerana saya suka la!...Merepek kata member baik saya. Saya pun tak tau kenaper saya suker dengan negara bernama Jepun ni,...hem mungkin dari kecik2 dah dididik tengok citer Otomen dan doraemon, dah besor sikit, tengok citer2 j-dorama pulak kat tv3, dah masuk U ni, belajar pulak pasal Tokyo(World City),...pasal tu lah kot. Biarlah cantik mana pun tempat lain di dunia ni...hatiku tetap nak ke Jepun...Oh Allah please bring me there!...~Kalaulah waktu SPM dulu ku tahu adanya RPKJ kat sini, for sure ku dah belajar betul2 lantas masuk RPKJ...tapi, ku pasrah dengan ketentuan ilahi, ku ditakdirkan belajar di Malaysia, alhamdulillah. Ku tahu ada hikmahnya~

Monday, November 9, 2009

Doa dan Harapan



Setiap manusia, mesti akan berdoa. Tak kira siapa, agama apa, bangsa apa, semua akan berdoa. Tapi, berapa ramai yang yakin dengan doa yang dibaca??...Kita ni selalu nak, kalau berdoa hari ni, esok dah dapat(termasuk lah yang menulis nihh). Bila tak dapat-dapat apa yang dihajat, terus salahkan tuhan. Sedangkan, kita tak muhasabah pun diri kita...entah dosa-dosa kita yang bertimbun sebelum ni lah yang menghijabkan diri kita dengan tuhan...sampai doa kita nak dimakbulkan pun susah.

Di kala, saat dan waktu nak exam macam ni...ramai yang berdoa, pagi petang siang malam. Tapi, rasa-rasanya time nak exam je la doa bagai nak rak, padahal sebelum-sebelum ni, solat fardu pun ntah cukup ntah tak, hak sebagai pelajar tak dijalankan (ponteng kelas, lewat masuk lecture n etc.), tu belum campur dosa-dosa bersosial sane-sini, mengumpat, maksiat dan macam-macam lagi (bercakap bagi pihak diri sendiri). Tapi, ada hati nak Allah perkenankan doa kita cepat-cepat(wah, banyaknya dosaku padaMu tuhan).

Walapun gitu....walaupun agak lewat, namun masih belum terlambat. Selagi matahari masih terbit di timur dan ternggelam di barat, selagi masih ada masa untukku bertaubat, akan ku panjatkan semua doa dan harapanku sehingga ke akhir hayat...kerana ku yakin dengan Allah, pasti doaku akan dimakbulkanNya samada lambat atau cepat.

Teruslah berdoa kepada ilahi, nescaya akan diperkenankan, sebab itu JANJI ALLAH. Allah tidak pernah menipu, sebaliknya kitalah yang selalu tertipu dengan iblis dan syaitan.

~Tiada istilah doa yang tidak dimakbulkan. Andai Allah tidak menjawab apa yang kita inginkan, mungkin Dia akan memberinya pada masa akan datang atau Dia ingin memberi yang lebih baik dari apa yang kita pohon. Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Yakinlah wahai hati~

Dan tuhanmu berfirman...,

"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu..."
~Al-Mu'min:60~