? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.5 (13 Ratings)??3 Grabs Today. 18189 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Unreachable Star? ????? ?? ???Rating: 4.2 (9 Ratings)??3 Grabs Today. 3574 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Summer Shoes BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, December 8, 2009

TERUK di BRAINWASH olehNya...taubat tak nak buat dah!!!


Sy ingatkan titik hitam di dalam hati sy telah hilang sepenuhnya...setelah sekian lama sy cuba meredhai ujian yg Allah berikan. Rupanya tidak. Siang dan malam sy memohon kepada ilahi agar dikuatkan iman, alhamdulillah, iman itu semakin melekat di hati sy, cuma mungkin belum cukup kuat utk membuang selaput hitam yang membaluti hati sy yg kotor lantaran dosa-dosa silam.

Sy akui, sy lemah. Sy sering teringat, kata-kata seorang motivator terkenal, katanya, "Allah akan menguji kita pada titik terlemah di dalam diri kita". Ya, memang benar perkara ini. Allah menguji sy pada titik terlemah di dalam diri saya.

Namun, sebagai hambaNya, saya redha di atas segala yang terjadi. Moga Allah juga meredhai saya. Namun, untuk mengucapkan perkataan REDHA itu tidaklah semudah menaipnya, melainkan dengan keimanan. Sy bersyukur kepada ilahi, di atas ujianNya ini, keimanan di dlm diri sy bertambah. Seringkali sy tersungkur di dalam mempertahankan keimanan ini, namun Allah jualah sebaik-baik pemelihara iman di dalam hati sy. MasyaAllah.

Untuk mempertahankan keimanan pula, tidaklah semudah menyebut ABC... kerana nikmat iman itu perlu dicari.
Ya, step pertama sy kembali mencari iman ialah...selepas sy 'TERUK di BRAINWASH' olehNya. Mahasuci Allah...Brainwash Allah bukanlah mcm brainwash manusia...Kalau di brainwash oleh manusia, boleh lg lari balik kampung, pergi bercuti, pergi enjoy, picnic and etc untuk menenangkan perasaan...tapi, di brainwash oleh Allah, sy nak lari ke mana?...

"Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada..." Al-Hadid;4.

Selepas teruk di brainwash...sy sedar, sy tak mampu lari dari Allah. Di saat itu, sy mencari kekuatan di dalam diri. Sy bertekad, sy mesti kembali kepada Allah, demi tidak terus di brainwash lagi olehNya. Taubat! Sy taknak dah di brainwash buat kali kedua, ketiga atau kali keberapa pun....sy tak mau...tak mau.!!! Hati sy menjerit hiba. Teringat sy, tp sy tak konfem samada ini firman Allah atau hadis ke apa ka...tp, ayatnya berbunyi lebih kurang macam ni..." Allah boleh membuat perkara yang lebih luar biasa daripada apa yang kamu fikirkan"...

Step yg kedua,...sy kembali menjejakkan kaki ke surau. Walaupun di surau kolej sahaja, tetapi, di situ, sy temui ketenangan. Di rumah Allah yang kecil ni, sy menghabiskan waktu untuk kembali mencari keimanan. Msh teringat, ketika di asrama dulu, kerapkali sy mengunjungi surau, kerana sy tenang di situ, tetapi, setelah terpedaya dgn nafsu, syaitan dan iblis, sy tidak lg menjejakkan kaki ke sana...semakin hari semakin berat kaki sy untuk melangkah ke sana hingga akhirnya, sy lupa jalan ke rumah Allah...hinanya sy ketika itu.

Step yg ketiga,...sy kembali berkawan dgn shbt2 yang solehah...dan tinggi ilmu agamanya. Kalau dulu, merakalah shbt baik sy, tetapi, dek kerana godaan dunia, mereka sy sisihkan dari ingatan sy...sedihnya...Tp, tidak lg kini, InsyaAllah untuk selamanya. Berkawan dengan mereka mengingatkan sy pada Allah. Bercakap dengan mereka membuatkan hati sy tenang. Tiada hal-hal cintakan dunia yg sy tuturkan, melainkan sama-sama saling ingat mengingatkan untuk sentiasa mengingati Allah di dalam setiap nafas kehidupan.

Step yg keempat...tiada lagi sahabat baik sy ketika ini dan insyaAllah selamanya melainkan, Al-Quran ul kareem. Al-Quran tak sama macam shbt2 yg lain. Dia sgt tegas. Yg benar tetap benar, yg salah tetap salah. No kompromi. Walaupun Al-Quran tidak mampu berbalas cakap dgn sy, tetapi, Al-Quran sentiasa berbicara dgn sy. Bicara yg meruntun jiwa sy. Bicara yg kadang2 membuatkan sy menangis sehingga tersedu-sedu dan kadang-kadang tersenyum sorang-sorang. Di kala hati sy menangis sy selalu peluk Al-Quran, sy rasa ia seperti satu kekuatan untuk sy...dan apatah lagi selepas membacanya...sy kembali tenang.

"...dan sesungguhnya Dia lah yg menjadikan orang tertawa dan menangis" An-Najm;43.

Step kelima...Solat. Solat tiang agama. Solat benteng kemungkaran. Solat. Kalau dulu mungkin sy ada kalanya tertinggal solat kerana leka dgn dunia...kini, sy alhamdulillah, diberi kekuatan tubuh badan untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam...ditambah dgn solat-solat sunat yg lainnya. Sy sentiasa akan cuba memperbaiki solat sy, kerana Allah ada berfirman yg sy kurg ingt dlm surah apa...berbunyi begini kalau tak silap...tunaikanlah solat bagi mencegah kemungkaran. Sy akan berusaha untuk khusyu' di dalam solat, agar dgn solat, sy dpt menghindarkan diri drp perkara-perkara mungkar.

"Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar"

Step keenam...Doa senjata mukmin. Berdoalah. Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sy selalu mendengar ustaz-ustaz berkata, "Mintaklah...mintak dengan Allah tu...jangan jemu. Mesti Allah bagi. Allah bukannya macam manusia, kalau dah mintak banyak-banyak kali, mula rase meluat dengan org yg mntk tu....Allah tak macam tu, kerana Dia Allah. Dia suka sangat kalau kita mintak pada dia. Ingatlah, orang2 yg tidak berdoa kepadaNya adalah orang-orang yang sombong". Sy tidak sekali-kali lupa berdoa pada Allah,...byk yg sy hajatkan. Banyak sgt. ^_^.

"Dan tuhanMu berfirman, "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu..." Al-Mu'min;60.

Step ketujuh... "Iqra' "..."Bacalah..." Ya, saya banyak membaca. Sy membaca demi mendekatkan diri sy denganNya. Selepas Al-Quran, buku kedua yang sy baca demi mendekatkan diri sy kepadaNya ialah...karya Fatimah Syarha, apa lagi kalau bukan 'Tautan Hati'. Terima kasih kak Fatimah. Dari buku ini, sy belajar untuk membina roh islamiah di dalam diri, lantas membina keyakinan kepada Allah di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Buku ketiga yg sy baca demi mendekatkan diri kepada yang Esa sudah tentulah keluaran Telaga Biru, iaitu majalah Solusi. Hati sy terpana dgn pengisian dan dakwah yg terdapat di dalam majalah ini...Sungguh bermanfaat.

dan terakhir...sebagai hamba...Tiada apa lagi yg mampu sy lakukan... Melainkan

BERUSAHA-BERDOA-YAKIN-TAWAKAL

sy menyerahkan diri sy kepada Allah...Sy meletakkan seluruh cinta teragung sy, untukNya. Allah . Dialah kekasih yg sy cari selama ini. Kerana sy yakin, Dia yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang pasti tidak akan membiarkan sy tersesat lagi. Sy tidak mahu lagi menjadi 'seorang agama' yang hanya pandai bercakap, tapi tak pandai buat. Allah...terimalah taubatku. Ampunilah aku.




0 comments: