? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.5 (13 Ratings)??3 Grabs Today. 18189 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Unreachable Star? ????? ?? ???Rating: 4.2 (9 Ratings)??3 Grabs Today. 3574 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Summer Shoes BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 9, 2009

Jalan itu yang ku pilih...

Salam sahabat-sahabat sekalian. Hari ni, alhamdulillah, Dia masih memberikan kesempatan untuk sy menaip satu lagi post di sini. Terlintas di fikiran sy tentang perkara ni semasa sedang membaca thread2 di laman web kegemaran sy, iluvislam.com.

Dalam siri pengembaraan hidup sy mencari redha ilahi...sy sering terkenang kembali dosa silam yang pernah meng 'hantu' i hidup sy. Hebat sungguh tipu daya iblis dan syaitan ditambah pula kehebatan hawa nafsu,sehinggakan, sy yg boleh dikira2, ada ilmu agama ni pun boleh tergelincir. Shbt sy mengaku dia yg menyebabkan sy tergelincir kerana katanya, dirinya jahat...oh no!

Kepada shbt sy yg berkata tu, ketika itu, sy tak sempat nk menjawab, kerana terlalu sebak di dada. Tetapi, hari ni sy nak smbung semula ayat tu..."shbt, bukan kau yg menyebabkan aku tergelincir, tetapi Allah lah yang menggelincirkan ku kerana jalan itu yang kita sama-sama pilih...". Ingatkah lagi sahabat, bahawa Allah ada berfirman, "Andai dunia yang kau minta maka akan aku berikannya kepadamu...", surah mana sy kurang pasti. Dan, memang ketika itu, kita mendapat dunia. Ingatkah lagi sahabat? Hidup kita ketika itu seolah-olah tiada penghujungnya kerana jalan itu yang kita pilih.Jalan itu yang ku pilih.

Dan, sy bersyukur, kerana, sy msh diberi peluang untuk menghirup udara segar di bumi Allah. Thank u Allah. Di dalam dunia khayalan,sy tiba-tiba ditarik oleh Allah. Sy tersentap. Tarbiyyah yg diberi, walaupun sukar untuk sy terima pada awalnya, tp akhirnya sy akur. Kerana Allah ada berfirman.."boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu."

Di jalan tarbiyyah ini, sy berusaha mencari redhaNya. Kini, sy tenang berada di jalan ini. Banyak petunjuk yang Allah kurniakan kepada sy yg membuatkan keimanan dan ketaqwaan sy kepada ilahi semakin kuat dan utuh. Alhamdulillah, jalan ini yang sy pilih. Jalan ini jalan yang lurus. Byk kejayaan yg sy kecapi dalam masa tak sampai dua bulan sy berada di jalan ini, berbanding byknya kegagalan yg sy capai semasa sy memilih jalan yg lagi satu itu. Kejayaan-kejayaan yg sy tempa ini, lebih meyakinkan sy bhw Allah telah membantu sy dengan sepenuh kasih dan sayangNya.Sy sgt terharu.



Khas buat shbtku, andai kau merasakan kau terlalu lelah berada di jalan itu, kembalilah ke jalan Allah. Dia sentiasa menunggu mu di sana. Aku telah kembali, dan aku menemui ketenangan di jalanNya. Aku tidak berniat untuk menentukan masa depanmu, sahabat. Tolong, tolong jangan berkata begitu lagi, hatiku terluka dengan katamu itu. Aku hanya mengingatkan, kerana hanya itu yg termampu...~Aku mintak maaf kerana tidak dapat menegurmu dari dekat, tetapi cukuplah aku memerhatikanmu dari jauh, kerana aku yakin, Allah berada disisimu, Dia lebih dekat denganmu, jauh lebih dekat daripada urat lehermu sendiri, sahabatku, kembalilah~

2 comments:

Yunalia said...

pastikan sahabat awak baca astikel ini :)

?hey, is that ur drawing?

syasyasafura said...

salam.yana...insyaAllah shbt sy tu baca...sy cumer boleh doakan jer...sy tak taw lah aper dah jadi dgn dia skrg...nk tanyer takut...tp, sy sentasa doakan kebahagiaan sumer kawan2 sy, terutamanya shbt sy, yana ni.hehe.
p/s: sy xla terer lukih sampai mcm tu skali...hehe