Salam...dah lama tak tulis di sini. Rindu rasanya kat syasyasafura...hehe. Hari ni saya ada satu "secret recipe" yang saya baca di majalah Wanita keluaran bulan Februari 2008. Sedap dibaca, enak difikirkan dan sangat berkrim untuk direnung-renungkan bersama.=). Selamat menikmati "secret recipe" ni.
"SECRET RECIPE" kekal ceria.
1. Kenapa aku diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3-
2. Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216-
3. Kenapa ujian seberat ini?
" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286-
4. Kenapa rasa kecewa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139-
5. Bagaiman harus aku menghadapainya?
" Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 yang berebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah(dengankekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200-
" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45-
6. Apa yang aku dapat daripada semua ini?
" Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."
-Surah At-Taubah ayat 111-
7. Kepada siapa aku berharap?
" Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."
-Surah At-Taubah ayat 129-
8. Aku dah tak dapat bertahan lagi!!
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12-
Thursday, June 17, 2010
"SECRET RECIPE" KEKAL CERIA
Posted by syasyasafura at 11:05 AM 0 comments
Wednesday, December 9, 2009
Jalan itu yang ku pilih...
Posted by syasyasafura at 9:04 AM 2 comments
Tuesday, December 8, 2009
TERUK di BRAINWASH olehNya...taubat tak nak buat dah!!!
Posted by syasyasafura at 12:57 PM 0 comments
Tuesday, December 1, 2009
Kenapa GEOLOGI?
Posted by syasyasafura at 9:05 AM 21 comments
Adakah Kau Lupa?
Posted by syasyasafura at 8:41 AM 0 comments
Monday, November 30, 2009
Hearty-Ku; Jangan simpati padaku
Kehidupan ini memang penuh dengan duri
Jalanilah ia dengan kekuatan dalam diri
Dugaan sememangnya pahit
Tetapi hikmahnya penuh kemanisan...
Kadangkala rasa cam nak nangis
Tapi kena tahan
Agar orang lain tak simpati..
Bosannya hidup dengan pandangan simpati orang...
Boleh tak pandang aku seperti insan biasa...
Kehidupan aku memang penuh liku..
Tapi, ramai lagi yang berliku-liku kehidupannya
Hulurkan simpati pada mereka
Dan, benarkan aku jadi independent
Aku cuma seorang insan biasa
Takde ape yang luar biasa dalam diriku
Aku tetap makhluk Allah yang kerdil
Tapi itu bukan alasan untuk terus berteduh di bawah bayang2 orang lain
Pemergian kau banyak mengajar aku
Agar jangan terlalu berharap pada orang lain
Kerana manusia takkan kekal di sisi kita
Hanya Allah yang sentiasa dan kekal bersama kita...
Ya Allah, kuatkanlah semangat aku...kurniakan aku ketabahan dan ketenteraman dan ketenangan...
Ya Allah, ampunilah diriku yang banyak berbuat dosa padaMu....
Posted by syasyasafura at 11:21 AM 0 comments
Hearty-ku
"Sebaik-baik ibadah adalah sabar menunggu jalan keluar"
Pesan rasulullah S.A.W
Posted by syasyasafura at 2:05 AM 0 comments