? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.5 (13 Ratings)??3 Grabs Today. 18189 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Unreachable Star? ????? ?? ???Rating: 4.2 (9 Ratings)??3 Grabs Today. 3574 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Summer Shoes BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, June 17, 2010

"SECRET RECIPE" KEKAL CERIA

Salam...dah lama tak tulis di sini. Rindu rasanya kat syasyasafura...hehe. Hari ni saya ada satu "secret recipe" yang saya baca di majalah Wanita keluaran bulan Februari 2008. Sedap dibaca, enak difikirkan dan sangat berkrim untuk direnung-renungkan bersama.=). Selamat menikmati "secret recipe" ni.

"SECRET RECIPE" kekal ceria.

1. Kenapa aku diuji?
   "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3-

2. Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
   " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216-

3. Kenapa ujian seberat ini?
   " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286-

4. Kenapa rasa kecewa?
   "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139-

5. Bagaiman harus aku menghadapainya?
   " Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 yang berebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah(dengankekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200-
   " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45-

6. Apa yang aku dapat daripada semua ini?
   " Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."
-Surah At-Taubah ayat 111-

7. Kepada siapa aku berharap?
  " Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."
-Surah At-Taubah ayat 129-

8. Aku dah tak dapat bertahan lagi!!
   "...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12-

Wednesday, December 9, 2009

Jalan itu yang ku pilih...

Salam sahabat-sahabat sekalian. Hari ni, alhamdulillah, Dia masih memberikan kesempatan untuk sy menaip satu lagi post di sini. Terlintas di fikiran sy tentang perkara ni semasa sedang membaca thread2 di laman web kegemaran sy, iluvislam.com.

Dalam siri pengembaraan hidup sy mencari redha ilahi...sy sering terkenang kembali dosa silam yang pernah meng 'hantu' i hidup sy. Hebat sungguh tipu daya iblis dan syaitan ditambah pula kehebatan hawa nafsu,sehinggakan, sy yg boleh dikira2, ada ilmu agama ni pun boleh tergelincir. Shbt sy mengaku dia yg menyebabkan sy tergelincir kerana katanya, dirinya jahat...oh no!

Kepada shbt sy yg berkata tu, ketika itu, sy tak sempat nk menjawab, kerana terlalu sebak di dada. Tetapi, hari ni sy nak smbung semula ayat tu..."shbt, bukan kau yg menyebabkan aku tergelincir, tetapi Allah lah yang menggelincirkan ku kerana jalan itu yang kita sama-sama pilih...". Ingatkah lagi sahabat, bahawa Allah ada berfirman, "Andai dunia yang kau minta maka akan aku berikannya kepadamu...", surah mana sy kurang pasti. Dan, memang ketika itu, kita mendapat dunia. Ingatkah lagi sahabat? Hidup kita ketika itu seolah-olah tiada penghujungnya kerana jalan itu yang kita pilih.Jalan itu yang ku pilih.

Dan, sy bersyukur, kerana, sy msh diberi peluang untuk menghirup udara segar di bumi Allah. Thank u Allah. Di dalam dunia khayalan,sy tiba-tiba ditarik oleh Allah. Sy tersentap. Tarbiyyah yg diberi, walaupun sukar untuk sy terima pada awalnya, tp akhirnya sy akur. Kerana Allah ada berfirman.."boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu."

Di jalan tarbiyyah ini, sy berusaha mencari redhaNya. Kini, sy tenang berada di jalan ini. Banyak petunjuk yang Allah kurniakan kepada sy yg membuatkan keimanan dan ketaqwaan sy kepada ilahi semakin kuat dan utuh. Alhamdulillah, jalan ini yang sy pilih. Jalan ini jalan yang lurus. Byk kejayaan yg sy kecapi dalam masa tak sampai dua bulan sy berada di jalan ini, berbanding byknya kegagalan yg sy capai semasa sy memilih jalan yg lagi satu itu. Kejayaan-kejayaan yg sy tempa ini, lebih meyakinkan sy bhw Allah telah membantu sy dengan sepenuh kasih dan sayangNya.Sy sgt terharu.



Khas buat shbtku, andai kau merasakan kau terlalu lelah berada di jalan itu, kembalilah ke jalan Allah. Dia sentiasa menunggu mu di sana. Aku telah kembali, dan aku menemui ketenangan di jalanNya. Aku tidak berniat untuk menentukan masa depanmu, sahabat. Tolong, tolong jangan berkata begitu lagi, hatiku terluka dengan katamu itu. Aku hanya mengingatkan, kerana hanya itu yg termampu...~Aku mintak maaf kerana tidak dapat menegurmu dari dekat, tetapi cukuplah aku memerhatikanmu dari jauh, kerana aku yakin, Allah berada disisimu, Dia lebih dekat denganmu, jauh lebih dekat daripada urat lehermu sendiri, sahabatku, kembalilah~

Tuesday, December 8, 2009

TERUK di BRAINWASH olehNya...taubat tak nak buat dah!!!


Sy ingatkan titik hitam di dalam hati sy telah hilang sepenuhnya...setelah sekian lama sy cuba meredhai ujian yg Allah berikan. Rupanya tidak. Siang dan malam sy memohon kepada ilahi agar dikuatkan iman, alhamdulillah, iman itu semakin melekat di hati sy, cuma mungkin belum cukup kuat utk membuang selaput hitam yang membaluti hati sy yg kotor lantaran dosa-dosa silam.

Sy akui, sy lemah. Sy sering teringat, kata-kata seorang motivator terkenal, katanya, "Allah akan menguji kita pada titik terlemah di dalam diri kita". Ya, memang benar perkara ini. Allah menguji sy pada titik terlemah di dalam diri saya.

Namun, sebagai hambaNya, saya redha di atas segala yang terjadi. Moga Allah juga meredhai saya. Namun, untuk mengucapkan perkataan REDHA itu tidaklah semudah menaipnya, melainkan dengan keimanan. Sy bersyukur kepada ilahi, di atas ujianNya ini, keimanan di dlm diri sy bertambah. Seringkali sy tersungkur di dalam mempertahankan keimanan ini, namun Allah jualah sebaik-baik pemelihara iman di dalam hati sy. MasyaAllah.

Untuk mempertahankan keimanan pula, tidaklah semudah menyebut ABC... kerana nikmat iman itu perlu dicari.
Ya, step pertama sy kembali mencari iman ialah...selepas sy 'TERUK di BRAINWASH' olehNya. Mahasuci Allah...Brainwash Allah bukanlah mcm brainwash manusia...Kalau di brainwash oleh manusia, boleh lg lari balik kampung, pergi bercuti, pergi enjoy, picnic and etc untuk menenangkan perasaan...tapi, di brainwash oleh Allah, sy nak lari ke mana?...

"Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada..." Al-Hadid;4.

Selepas teruk di brainwash...sy sedar, sy tak mampu lari dari Allah. Di saat itu, sy mencari kekuatan di dalam diri. Sy bertekad, sy mesti kembali kepada Allah, demi tidak terus di brainwash lagi olehNya. Taubat! Sy taknak dah di brainwash buat kali kedua, ketiga atau kali keberapa pun....sy tak mau...tak mau.!!! Hati sy menjerit hiba. Teringat sy, tp sy tak konfem samada ini firman Allah atau hadis ke apa ka...tp, ayatnya berbunyi lebih kurang macam ni..." Allah boleh membuat perkara yang lebih luar biasa daripada apa yang kamu fikirkan"...

Step yg kedua,...sy kembali menjejakkan kaki ke surau. Walaupun di surau kolej sahaja, tetapi, di situ, sy temui ketenangan. Di rumah Allah yang kecil ni, sy menghabiskan waktu untuk kembali mencari keimanan. Msh teringat, ketika di asrama dulu, kerapkali sy mengunjungi surau, kerana sy tenang di situ, tetapi, setelah terpedaya dgn nafsu, syaitan dan iblis, sy tidak lg menjejakkan kaki ke sana...semakin hari semakin berat kaki sy untuk melangkah ke sana hingga akhirnya, sy lupa jalan ke rumah Allah...hinanya sy ketika itu.

Step yg ketiga,...sy kembali berkawan dgn shbt2 yang solehah...dan tinggi ilmu agamanya. Kalau dulu, merakalah shbt baik sy, tetapi, dek kerana godaan dunia, mereka sy sisihkan dari ingatan sy...sedihnya...Tp, tidak lg kini, InsyaAllah untuk selamanya. Berkawan dengan mereka mengingatkan sy pada Allah. Bercakap dengan mereka membuatkan hati sy tenang. Tiada hal-hal cintakan dunia yg sy tuturkan, melainkan sama-sama saling ingat mengingatkan untuk sentiasa mengingati Allah di dalam setiap nafas kehidupan.

Step yg keempat...tiada lagi sahabat baik sy ketika ini dan insyaAllah selamanya melainkan, Al-Quran ul kareem. Al-Quran tak sama macam shbt2 yg lain. Dia sgt tegas. Yg benar tetap benar, yg salah tetap salah. No kompromi. Walaupun Al-Quran tidak mampu berbalas cakap dgn sy, tetapi, Al-Quran sentiasa berbicara dgn sy. Bicara yg meruntun jiwa sy. Bicara yg kadang2 membuatkan sy menangis sehingga tersedu-sedu dan kadang-kadang tersenyum sorang-sorang. Di kala hati sy menangis sy selalu peluk Al-Quran, sy rasa ia seperti satu kekuatan untuk sy...dan apatah lagi selepas membacanya...sy kembali tenang.

"...dan sesungguhnya Dia lah yg menjadikan orang tertawa dan menangis" An-Najm;43.

Step kelima...Solat. Solat tiang agama. Solat benteng kemungkaran. Solat. Kalau dulu mungkin sy ada kalanya tertinggal solat kerana leka dgn dunia...kini, sy alhamdulillah, diberi kekuatan tubuh badan untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam...ditambah dgn solat-solat sunat yg lainnya. Sy sentiasa akan cuba memperbaiki solat sy, kerana Allah ada berfirman yg sy kurg ingt dlm surah apa...berbunyi begini kalau tak silap...tunaikanlah solat bagi mencegah kemungkaran. Sy akan berusaha untuk khusyu' di dalam solat, agar dgn solat, sy dpt menghindarkan diri drp perkara-perkara mungkar.

"Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar"

Step keenam...Doa senjata mukmin. Berdoalah. Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sy selalu mendengar ustaz-ustaz berkata, "Mintaklah...mintak dengan Allah tu...jangan jemu. Mesti Allah bagi. Allah bukannya macam manusia, kalau dah mintak banyak-banyak kali, mula rase meluat dengan org yg mntk tu....Allah tak macam tu, kerana Dia Allah. Dia suka sangat kalau kita mintak pada dia. Ingatlah, orang2 yg tidak berdoa kepadaNya adalah orang-orang yang sombong". Sy tidak sekali-kali lupa berdoa pada Allah,...byk yg sy hajatkan. Banyak sgt. ^_^.

"Dan tuhanMu berfirman, "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu..." Al-Mu'min;60.

Step ketujuh... "Iqra' "..."Bacalah..." Ya, saya banyak membaca. Sy membaca demi mendekatkan diri sy denganNya. Selepas Al-Quran, buku kedua yang sy baca demi mendekatkan diri sy kepadaNya ialah...karya Fatimah Syarha, apa lagi kalau bukan 'Tautan Hati'. Terima kasih kak Fatimah. Dari buku ini, sy belajar untuk membina roh islamiah di dalam diri, lantas membina keyakinan kepada Allah di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Buku ketiga yg sy baca demi mendekatkan diri kepada yang Esa sudah tentulah keluaran Telaga Biru, iaitu majalah Solusi. Hati sy terpana dgn pengisian dan dakwah yg terdapat di dalam majalah ini...Sungguh bermanfaat.

dan terakhir...sebagai hamba...Tiada apa lagi yg mampu sy lakukan... Melainkan

BERUSAHA-BERDOA-YAKIN-TAWAKAL

sy menyerahkan diri sy kepada Allah...Sy meletakkan seluruh cinta teragung sy, untukNya. Allah . Dialah kekasih yg sy cari selama ini. Kerana sy yakin, Dia yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang pasti tidak akan membiarkan sy tersesat lagi. Sy tidak mahu lagi menjadi 'seorang agama' yang hanya pandai bercakap, tapi tak pandai buat. Allah...terimalah taubatku. Ampunilah aku.




Tuesday, December 1, 2009

Kenapa GEOLOGI?


"Ha, geologi? Kenapa ambek geologi?"


Saya pasti ramai pelajar-pelajar geologi menghadapi soalan ni setiap kali berhadapan dengan masyarakat, bukan masyarakat di luar je, malah 'masyarakat' di dalam kampus pun. Saya ingat lagi, masa saya di tahun 1, baru masuk jer, rumate saya yang berbangsa Tionghua bertanya, "You suka belajar batu ke?" soalannya membuatkan dahi saya berkerut. "Ada ker orang suka belajar pasal batu dalam dunia nih?...huhu" hati saya berdetik disebabkan saya tak tahu pun yang geologi tu belajar pasal batu...hehehe.Hakikatnya, saya tidak pernah berminat pun untuk belajar geologi, apetah lagi tahu mengenai bidang geologi. Jujurnya, saya masuk ke geologi dengan zero.
...Cita-cita saya tak pernah tetap. *PELIK*. Kadang-kadang saya jeles dengan kawan-kawan saya yang ada matlamat au cita-cita. Saya ingat lagi, cita-cita saya waktu sekolah rendah dulu, ada dua jer, satu nak jadi saintis dan satu lagi nak jadi polis. Saya nak jadi saintis sebab saya suka kepada penyelesaian masalah. Saya suka sangat sekiranya ada orang atau kawan-kawan bertanya, dan saya dapat menjawab persoalan tersebut. Then, saya nak jadi polis pulak sebab dah tentulah sebab ayah tersayang ialah seorang anggota polis...heheh. Saya sebenarnya suka tengok orang pakai pakaian seragam ni, look smart!. Saya suka smart then saya pun fikir nak jadi polis, sampailah saya menyertai Kadet Polis time di sekolah menengah rendah dulu. Tapi,...sedey, ayah kater ketinggian saya kurang sikit.Aiseh. Tp, ye ker kurang?...cam lepas jer...huhu.Takpelah.

Then, masuk menengah atas, saya berpindah ke sekolah lain...sekolah yang dipenuhi manusia
-manusia elit(tak termasuk saya). Kat sekolah gini mana ada orang yang bercita-cita nak jadi polis...=( Sy dikelilingi manusia yang bercita-cita tinggi, iaitu 'nak sambung medic di oversea'. Saya cam bosan asal cita-cita semua nak jadi doktor. Sy ni memanglah manusia yang paling tak suker jadi doktor.*Anti-doktor*. Pemikiran kolot saya time tu ialah saya tak suker orang taw ape yang sy ada, dan sy tamau taw aper yang opposite gender ada.HUHUHU. Cita-cita saya beralih ke arkitek. Ye, saya nak jadi arkitek landskap. Satu kelas saya time tu tahu sy nk jadi arkitek landskap. Mana dorang taw ntah. *PELIK*. Siap bagi artikel2 pasal arkitek landsap kat saya.......time kasih kawan-kawan.


Tapi.....saya mana ada amek lukisan kejuruteraan???. Sekali lagi cita-cita saya terbantut. Niat untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang arkitek di universiti impian, UIA, tak kesampaian, sebab syarat tuk amek arkitek di UIA time tu, kene pegi ujian melukis.*CRY BABY*. Memang saya suka melukis, tapi takkan dia nak suruh saya lukis rumah di tepi sawah pulak kan tuk amek arkitek...Akhirnya, terpaksalah, saya melangkahkan kaki ke matrikulasi...tanpa sebarang cita-cita. HUHU. Di sini, jeng jeng jeng.....heheh, saya diperkenalkan dengan satu cita-cita baru iaitu, Kejuruteraan Kimia. Heheh. Inilah cita-cita saya masa di matrik iaitu nak jadi jurutera kimia. Perjalanan saya nampak macam smooth jer tuk amek kej. kimia. Tp, rupa-rupanya tidak=0...pngk tidak mencukupi untuk membolehkan saya mengambil kej. kimia...sekali lagi saya termenung dan berfikir..."ape sebenarnya yan aku nak jadi ni?"....


Masuk ke UM, saya diletakkan oleh Allah di fakulti sains...entahlah, orang kater ni fakulti buangan...saya pun tak tawlah. Sebab yang saya taw, pengaruh fakulti sains di dalam menentukan ranking UM di peringkat dunia adalah paling besar. Sebab fakulti ni paling banyak melakukan research, yang mana research adalah penilaian yang paling tinggi digunakan untuk menilai status sesebuah universiti, menurut kata dekan fakulti sains pada tahun 2006/2007 waktu tu.


Masa minggu interaksi, sekali lagi saya dilema, saya nak mengkhusus ke jurusan apa?...fizik, kimia, math?payahnya.......Geologi?tolak tepi kot!hehe...Saya tak pandang langsung kot geologi i..huhu. Akhirnya, saya ambek keputusan untuk amek kimia. Sebab saya fikir, mungkin saya boleh pergi ke dalam kej. kimia kalau saya amek kimia.

Tapi, ternyata kekuasaan Allah mengatasi segalanya.

Keajaiban berlaku di dalam diri saya, semasa nak mendaftar, ye, semasa sedang beratur untuk mendaftar pengkhususan, tiba-tiba, saya teringatkan kakak naqibah saya semasa di matrik, dia menceritakan kepada saya, dia bersyukur kerana mengambil geologi kerana dia belajar untuk mengenal alam ciptaan Allah, belajar untuk kagum dengan semua yang terjadi di alam semesta ni...Ya, hatiku milikmu Allah. Dalam sekelip mata saya mengambil keputusan untuk memilih geologi.*PELIK*. Tapi, itulah yang dinamakan taqdir. Yang saya katakan taknak dulu, akhirnya itulah yang saya pilih.


Saya yakin dengan petunjuk-petunjuk yang saya alami selepas mendaftar kursus, yang akhirnya meneguhkan hati saya untuk menjadi pelajar Jabatan Geologi, UM.

NAMUN,......ya, Allah memang telah berkata tidak dikatakan kamu beriman selagimana kamu tidak diuji. Ya, saya diuji di sini. Di jabatan geologi kesayangan saya. Selepas berakhir tahun pertama, saya berfikir untuk menukar jabatan pula. Saya berbincang dengan mak dan ayah. Berbincang dengan rakan-rakan dari jabatan yang saya bakal tukar ke sana. Semua menyokong saya untuk berhenti geologi dan menukar jabatan. Saya tak tahan dengan geologi...Susah bangat. Susah dan susah. Kalau jabatan lain, mungkin akan mengkhusus pada satu-satu perkara sahaja seperti kimia, kimia je la....tapi, di geologi, saya berlajar semua, fizik, kimia, math, bio. Yer,hebatkan?...Bayangkanlah, saya mendapat F untuk satu subjek geologi di semester 1 tahun 1...Tidak pernah tercatat dalam sejarah hidup saya mendapat F dalam subjek yang sy ambek.


Walaubagaimanapun, jika sudah dikatakan taqdir, memang taqdir jua. Saya tidak jadi menukar jabatan. Sebab hati saya masih di sini. Di jabatan Geologi. Dan, alhamdulillah, perjalanan saya selepas itu di jabatan geologi menjadi semakin smooth dari yang sebelumnya...tambahan lagi saya dikurniakan seorang sahabat yang memahami saya di sini. Dengan kehadiran sahabat saya ini, saya menjadi seorang yang tabah untuk meneruskan pengajian di dalam bidang ini. Ya, taqdir Allah juga yang tidak membiarkan saya keseorangan di geologi selepas itu, kerana dia telah 'menghantar' sahabat saya itu di sisi saya. Dan, alhamdulillah, saya tenang belajar di jabatan geologi selepas itu. Tiada lagi istilah-istilah negatif tentang geologi yang keluar dari mulut saya.


Setelah semuanya berlalu, kini, saya telah pun menamatkan pengajian di jabatan geologi, UM dan bakal bergelar graduan geologi atau senang sangat, pensyarah sumer panggil kami geologist. Ya, saya telah pun bergelar geologist.*Bukan jawatan, tapi gelaran jerrr*


Dan, sekarang, saya sudah menceritakan kenapa saya berada di bidang ini, dengan agak detail. Selepas ini, jangan ditanya lagi kenapa saya memilih geologi. Kerana, jawapannya ialah Allah yang memimpin saya untuk mengambil Geologi. *I Luv U Allah*




Adakah Kau Lupa?


Saya dah lama tertarik hati pada lagu ni yang dialunkan oleh kumpulan nasyid tanah air, ALARM ME. Mesej yang disampaikan cukup membuatkan hati saya bersemangat dan berkobar-kobar untuk bermujahadah...Saya akui diri saya sering lupa dan lalai dalam mengingati setiap suruhan ilahi. Pertama kali saya dengar lagu ni ketika saya pergi ke sebuah kem islamik di luar kampus dua tiga tahun lepas. Tak tahan, berderai juga air mata saya mengenangkan kepayahan untuk mendaulatkan islam di muka bumi Allah...tapi, alih-alih kita sekarang tak menghargai langsung, langsung lupa akan kehebatan islam yang pernah dijulang di muka bumi Allah ni, sebaliknya kita menjulang kehebatan barat yang terang-terangan nak menghancurkan islam.*renung-renungkanlah*


Monday, November 30, 2009

Hearty-Ku; Jangan simpati padaku

Kehidupan ini memang penuh dengan duri
Jalanilah ia dengan kekuatan dalam diri
Dugaan sememangnya pahit
Tetapi hikmahnya penuh kemanisan...

Kadangkala rasa cam nak nangis
Tapi kena tahan
Agar orang lain tak simpati..
Bosannya hidup dengan pandangan simpati orang...
Boleh tak pandang aku seperti insan biasa...

Kehidupan aku memang penuh liku..
Tapi, ramai lagi yang berliku-liku kehidupannya
Hulurkan simpati pada mereka
Dan, benarkan aku jadi independent

Aku cuma seorang insan biasa
Takde ape yang luar biasa dalam diriku
Aku tetap makhluk Allah yang kerdil
Tapi itu bukan alasan untuk terus berteduh di bawah bayang2 orang lain

Pemergian kau banyak mengajar aku
Agar jangan terlalu berharap pada orang lain
Kerana manusia takkan kekal di sisi kita
Hanya Allah yang sentiasa dan kekal bersama kita...

Ya Allah, kuatkanlah semangat aku...kurniakan aku ketabahan dan ketenteraman dan ketenangan...
Ya Allah, ampunilah diriku yang banyak berbuat dosa padaMu....

Hearty-ku

"Sebaik-baik ibadah adalah sabar menunggu jalan keluar"
Pesan rasulullah S.A.W