
"Ha, geologi? Kenapa ambek geologi?"
Saya pasti ramai pelajar-pelajar geologi menghadapi soalan ni setiap kali berhadapan dengan masyarakat, bukan masyarakat di luar je, malah 'masyarakat' di dalam kampus pun. Saya ingat lagi, masa saya di tahun 1, baru masuk jer, rumate saya yang berbangsa Tionghua bertanya, "You suka belajar batu ke?" soalannya membuatkan dahi saya berkerut. "Ada ker orang suka belajar pasal batu dalam dunia nih?...huhu" hati saya berdetik disebabkan saya tak tahu pun yang geologi tu belajar pasal batu...hehehe.Hakikatnya, saya tidak pernah berminat pun untuk belajar geologi, apetah lagi tahu mengenai bidang geologi. Jujurnya, saya masuk ke geologi dengan zero.
...Cita-cita saya tak pernah tetap. *PELIK*. Kadang-kadang saya jeles dengan kawan-kawan saya yang ada matlamat au cita-cita. Saya ingat lagi, cita-cita saya waktu sekolah rendah dulu, ada dua jer, satu nak jadi saintis dan satu lagi nak jadi polis. Saya nak jadi saintis sebab saya suka kepada penyelesaian masalah. Saya suka sangat sekiranya ada orang atau kawan-kawan bertanya, dan saya dapat menjawab persoalan tersebut. Then, saya nak jadi polis pulak sebab dah tentulah sebab ayah tersayang ialah seorang anggota polis...heheh. Saya sebenarnya suka tengok orang pakai pakaian seragam ni, look smart!. Saya suka smart then saya pun fikir nak jadi polis, sampailah saya menyertai Kadet Polis time di sekolah menengah rendah dulu. Tapi,...sedey, ayah kater ketinggian saya kurang sikit.Aiseh. Tp, ye ker kurang?...cam lepas jer...huhu.Takpelah.
Then, masuk menengah atas, saya berpindah ke sekolah lain...sekolah yang dipenuhi manusia
-manusia elit(tak termasuk saya). Kat sekolah gini mana ada orang yang bercita-cita nak jadi polis...=( Sy dikelilingi manusia yang bercita-cita tinggi, iaitu 'nak sambung medic di oversea'. Saya cam bosan asal cita-cita semua nak jadi doktor. Sy ni memanglah manusia yang paling tak suker jadi doktor.*Anti-doktor*. Pemikiran kolot saya time tu ialah saya tak suker orang taw ape yang sy ada, dan sy tamau taw aper yang opposite gender ada.HUHUHU. Cita-cita saya beralih ke arkitek. Ye, saya nak jadi arkitek landskap. Satu kelas saya time tu tahu sy nk jadi arkitek landskap. Mana dorang taw ntah. *PELIK*. Siap bagi artikel2 pasal arkitek landsap kat saya.......time kasih kawan-kawan.
Tapi.....saya mana ada amek lukisan kejuruteraan???. Sekali lagi cita-cita saya terbantut. Niat untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang arkitek di universiti impian, UIA, tak kesampaian, sebab syarat tuk amek arkitek di UIA time tu, kene pegi ujian melukis.*CRY BABY*. Memang saya suka melukis, tapi takkan dia nak suruh saya lukis rumah di tepi sawah pulak kan tuk amek arkitek...Akhirnya, terpaksalah, saya melangkahkan kaki ke matrikulasi...tanpa sebarang cita-cita. HUHU. Di sini, jeng jeng jeng.....heheh, saya diperkenalkan dengan satu cita-cita baru iaitu, Kejuruteraan Kimia. Heheh. Inilah cita-cita saya masa di matrik iaitu nak jadi jurutera kimia. Perjalanan saya nampak macam smooth jer tuk amek kej. kimia. Tp, rupa-rupanya tidak=0...pngk tidak mencukupi untuk membolehkan saya mengambil kej. kimia...sekali lagi saya termenung dan berfikir..."ape sebenarnya yan aku nak jadi ni?"....
Masuk ke UM, saya diletakkan oleh Allah di fakulti sains...entahlah, orang kater ni fakulti buangan...saya pun tak tawlah. Sebab yang saya taw, pengaruh fakulti sains di dalam menentukan ranking UM di peringkat dunia adalah paling besar. Sebab fakulti ni paling banyak melakukan research, yang mana research adalah penilaian yang paling tinggi digunakan untuk menilai status sesebuah universiti, menurut kata dekan fakulti sains pada tahun 2006/2007 waktu tu.
Masa minggu interaksi, sekali lagi saya dilema, saya nak mengkhusus ke jurusan apa?...fizik, kimia, math?payahnya.......Geologi?tolak tepi kot!hehe...Saya tak pandang langsung kot geologi i..huhu. Akhirnya, saya ambek keputusan untuk amek kimia. Sebab saya fikir, mungkin saya boleh pergi ke dalam kej. kimia kalau saya amek kimia.
Tapi, ternyata kekuasaan Allah mengatasi segalanya.
Keajaiban berlaku di dalam diri saya, semasa nak mendaftar, ye, semasa sedang beratur untuk mendaftar pengkhususan, tiba-tiba, saya teringatkan kakak naqibah saya semasa di matrik, dia menceritakan kepada saya, dia bersyukur kerana mengambil geologi kerana dia belajar untuk mengenal alam ciptaan Allah, belajar untuk kagum dengan semua yang terjadi di alam semesta ni...Ya, hatiku milikmu Allah. Dalam sekelip mata saya mengambil keputusan untuk memilih geologi.*PELIK*. Tapi, itulah yang dinamakan taqdir. Yang saya katakan taknak dulu, akhirnya itulah yang saya pilih.
Saya yakin dengan petunjuk-petunjuk yang saya alami selepas mendaftar kursus, yang akhirnya meneguhkan hati saya untuk menjadi pelajar Jabatan Geologi, UM.
NAMUN,......ya, Allah memang telah berkata tidak dikatakan kamu beriman selagimana kamu tidak diuji. Ya, saya diuji di sini. Di jabatan geologi kesayangan saya. Selepas berakhir tahun pertama, saya berfikir untuk menukar jabatan pula. Saya berbincang dengan mak dan ayah. Berbincang dengan rakan-rakan dari jabatan yang saya bakal tukar ke sana. Semua menyokong saya untuk berhenti geologi dan menukar jabatan. Saya tak tahan dengan geologi...Susah bangat. Susah dan susah. Kalau jabatan lain, mungkin akan mengkhusus pada satu-satu perkara sahaja seperti kimia, kimia je la....tapi, di geologi, saya berlajar semua, fizik, kimia, math, bio. Yer,hebatkan?...Bayangkanlah, saya mendapat F untuk satu subjek geologi di semester 1 tahun 1...Tidak pernah tercatat dalam sejarah hidup saya mendapat F dalam subjek yang sy ambek.
Walaubagaimanapun, jika sudah dikatakan taqdir, memang taqdir jua. Saya tidak jadi menukar jabatan. Sebab hati saya masih di sini. Di jabatan Geologi. Dan, alhamdulillah, perjalanan saya selepas itu di jabatan geologi menjadi semakin smooth dari yang sebelumnya...tambahan lagi saya dikurniakan seorang sahabat yang memahami saya di sini. Dengan kehadiran sahabat saya ini, saya menjadi seorang yang tabah untuk meneruskan pengajian di dalam bidang ini. Ya, taqdir Allah juga yang tidak membiarkan saya keseorangan di geologi selepas itu, kerana dia telah 'menghantar' sahabat saya itu di sisi saya. Dan, alhamdulillah, saya tenang belajar di jabatan geologi selepas itu. Tiada lagi istilah-istilah negatif tentang geologi yang keluar dari mulut saya.
Setelah semuanya berlalu, kini, saya telah pun menamatkan pengajian di jabatan geologi, UM dan bakal bergelar graduan geologi atau senang sangat, pensyarah sumer panggil kami geologist. Ya, saya telah pun bergelar geologist.*Bukan jawatan, tapi gelaran jerrr*
Dan, sekarang, saya sudah menceritakan kenapa saya berada di bidang ini, dengan agak detail. Selepas ini, jangan ditanya lagi kenapa saya memilih geologi. Kerana, jawapannya ialah Allah yang memimpin saya untuk mengambil Geologi. *I Luv U Allah*