? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.5 (13 Ratings)??3 Grabs Today. 18189 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Unreachable Star? ????? ?? ???Rating: 4.2 (9 Ratings)??3 Grabs Today. 3574 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Summer Shoes BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, December 1, 2009

Kenapa GEOLOGI?


"Ha, geologi? Kenapa ambek geologi?"


Saya pasti ramai pelajar-pelajar geologi menghadapi soalan ni setiap kali berhadapan dengan masyarakat, bukan masyarakat di luar je, malah 'masyarakat' di dalam kampus pun. Saya ingat lagi, masa saya di tahun 1, baru masuk jer, rumate saya yang berbangsa Tionghua bertanya, "You suka belajar batu ke?" soalannya membuatkan dahi saya berkerut. "Ada ker orang suka belajar pasal batu dalam dunia nih?...huhu" hati saya berdetik disebabkan saya tak tahu pun yang geologi tu belajar pasal batu...hehehe.Hakikatnya, saya tidak pernah berminat pun untuk belajar geologi, apetah lagi tahu mengenai bidang geologi. Jujurnya, saya masuk ke geologi dengan zero.
...Cita-cita saya tak pernah tetap. *PELIK*. Kadang-kadang saya jeles dengan kawan-kawan saya yang ada matlamat au cita-cita. Saya ingat lagi, cita-cita saya waktu sekolah rendah dulu, ada dua jer, satu nak jadi saintis dan satu lagi nak jadi polis. Saya nak jadi saintis sebab saya suka kepada penyelesaian masalah. Saya suka sangat sekiranya ada orang atau kawan-kawan bertanya, dan saya dapat menjawab persoalan tersebut. Then, saya nak jadi polis pulak sebab dah tentulah sebab ayah tersayang ialah seorang anggota polis...heheh. Saya sebenarnya suka tengok orang pakai pakaian seragam ni, look smart!. Saya suka smart then saya pun fikir nak jadi polis, sampailah saya menyertai Kadet Polis time di sekolah menengah rendah dulu. Tapi,...sedey, ayah kater ketinggian saya kurang sikit.Aiseh. Tp, ye ker kurang?...cam lepas jer...huhu.Takpelah.

Then, masuk menengah atas, saya berpindah ke sekolah lain...sekolah yang dipenuhi manusia
-manusia elit(tak termasuk saya). Kat sekolah gini mana ada orang yang bercita-cita nak jadi polis...=( Sy dikelilingi manusia yang bercita-cita tinggi, iaitu 'nak sambung medic di oversea'. Saya cam bosan asal cita-cita semua nak jadi doktor. Sy ni memanglah manusia yang paling tak suker jadi doktor.*Anti-doktor*. Pemikiran kolot saya time tu ialah saya tak suker orang taw ape yang sy ada, dan sy tamau taw aper yang opposite gender ada.HUHUHU. Cita-cita saya beralih ke arkitek. Ye, saya nak jadi arkitek landskap. Satu kelas saya time tu tahu sy nk jadi arkitek landskap. Mana dorang taw ntah. *PELIK*. Siap bagi artikel2 pasal arkitek landsap kat saya.......time kasih kawan-kawan.


Tapi.....saya mana ada amek lukisan kejuruteraan???. Sekali lagi cita-cita saya terbantut. Niat untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang arkitek di universiti impian, UIA, tak kesampaian, sebab syarat tuk amek arkitek di UIA time tu, kene pegi ujian melukis.*CRY BABY*. Memang saya suka melukis, tapi takkan dia nak suruh saya lukis rumah di tepi sawah pulak kan tuk amek arkitek...Akhirnya, terpaksalah, saya melangkahkan kaki ke matrikulasi...tanpa sebarang cita-cita. HUHU. Di sini, jeng jeng jeng.....heheh, saya diperkenalkan dengan satu cita-cita baru iaitu, Kejuruteraan Kimia. Heheh. Inilah cita-cita saya masa di matrik iaitu nak jadi jurutera kimia. Perjalanan saya nampak macam smooth jer tuk amek kej. kimia. Tp, rupa-rupanya tidak=0...pngk tidak mencukupi untuk membolehkan saya mengambil kej. kimia...sekali lagi saya termenung dan berfikir..."ape sebenarnya yan aku nak jadi ni?"....


Masuk ke UM, saya diletakkan oleh Allah di fakulti sains...entahlah, orang kater ni fakulti buangan...saya pun tak tawlah. Sebab yang saya taw, pengaruh fakulti sains di dalam menentukan ranking UM di peringkat dunia adalah paling besar. Sebab fakulti ni paling banyak melakukan research, yang mana research adalah penilaian yang paling tinggi digunakan untuk menilai status sesebuah universiti, menurut kata dekan fakulti sains pada tahun 2006/2007 waktu tu.


Masa minggu interaksi, sekali lagi saya dilema, saya nak mengkhusus ke jurusan apa?...fizik, kimia, math?payahnya.......Geologi?tolak tepi kot!hehe...Saya tak pandang langsung kot geologi i..huhu. Akhirnya, saya ambek keputusan untuk amek kimia. Sebab saya fikir, mungkin saya boleh pergi ke dalam kej. kimia kalau saya amek kimia.

Tapi, ternyata kekuasaan Allah mengatasi segalanya.

Keajaiban berlaku di dalam diri saya, semasa nak mendaftar, ye, semasa sedang beratur untuk mendaftar pengkhususan, tiba-tiba, saya teringatkan kakak naqibah saya semasa di matrik, dia menceritakan kepada saya, dia bersyukur kerana mengambil geologi kerana dia belajar untuk mengenal alam ciptaan Allah, belajar untuk kagum dengan semua yang terjadi di alam semesta ni...Ya, hatiku milikmu Allah. Dalam sekelip mata saya mengambil keputusan untuk memilih geologi.*PELIK*. Tapi, itulah yang dinamakan taqdir. Yang saya katakan taknak dulu, akhirnya itulah yang saya pilih.


Saya yakin dengan petunjuk-petunjuk yang saya alami selepas mendaftar kursus, yang akhirnya meneguhkan hati saya untuk menjadi pelajar Jabatan Geologi, UM.

NAMUN,......ya, Allah memang telah berkata tidak dikatakan kamu beriman selagimana kamu tidak diuji. Ya, saya diuji di sini. Di jabatan geologi kesayangan saya. Selepas berakhir tahun pertama, saya berfikir untuk menukar jabatan pula. Saya berbincang dengan mak dan ayah. Berbincang dengan rakan-rakan dari jabatan yang saya bakal tukar ke sana. Semua menyokong saya untuk berhenti geologi dan menukar jabatan. Saya tak tahan dengan geologi...Susah bangat. Susah dan susah. Kalau jabatan lain, mungkin akan mengkhusus pada satu-satu perkara sahaja seperti kimia, kimia je la....tapi, di geologi, saya berlajar semua, fizik, kimia, math, bio. Yer,hebatkan?...Bayangkanlah, saya mendapat F untuk satu subjek geologi di semester 1 tahun 1...Tidak pernah tercatat dalam sejarah hidup saya mendapat F dalam subjek yang sy ambek.


Walaubagaimanapun, jika sudah dikatakan taqdir, memang taqdir jua. Saya tidak jadi menukar jabatan. Sebab hati saya masih di sini. Di jabatan Geologi. Dan, alhamdulillah, perjalanan saya selepas itu di jabatan geologi menjadi semakin smooth dari yang sebelumnya...tambahan lagi saya dikurniakan seorang sahabat yang memahami saya di sini. Dengan kehadiran sahabat saya ini, saya menjadi seorang yang tabah untuk meneruskan pengajian di dalam bidang ini. Ya, taqdir Allah juga yang tidak membiarkan saya keseorangan di geologi selepas itu, kerana dia telah 'menghantar' sahabat saya itu di sisi saya. Dan, alhamdulillah, saya tenang belajar di jabatan geologi selepas itu. Tiada lagi istilah-istilah negatif tentang geologi yang keluar dari mulut saya.


Setelah semuanya berlalu, kini, saya telah pun menamatkan pengajian di jabatan geologi, UM dan bakal bergelar graduan geologi atau senang sangat, pensyarah sumer panggil kami geologist. Ya, saya telah pun bergelar geologist.*Bukan jawatan, tapi gelaran jerrr*


Dan, sekarang, saya sudah menceritakan kenapa saya berada di bidang ini, dengan agak detail. Selepas ini, jangan ditanya lagi kenapa saya memilih geologi. Kerana, jawapannya ialah Allah yang memimpin saya untuk mengambil Geologi. *I Luv U Allah*




21 comments:

Anonymous said...

salam kak,,
name sye izzati..
sye nie act. tgh pikir2 betul kew nak ambik geology..
ok, sye bru 18 as in bru hbs spm 09 ar..
n minat nak jdi geologist ni dah lame since 2004 sesudah brlakunye tsunami,,
so skang nie sye nak tanye akak
camne path nak amik course geology nie??
tolong ar kak bantu sye..
diz is my email..
blue2bang@yahoo.com
akak add la kat fb, ms or if akak ade ym even better la..
tpi kak plz ar add sye..
byk btl sye nak tanye...
tq.

syasyasafura said...

salam.
izzati, sori akak baru bukak blog ni..Akak dah add zati kat ym.name akak safa, id akak di ym blue_aden k.sori sgt br pasan msg zati.

Fatan Khariri said...

kak. saya amek geology um jugak. sekarang kak kerja sbg ape?

ilah said...

akak,nak tanya ckit.,.sy minat geologi,skang sy kat pasum.,,rase2nye pempuan sesuai ke jd geologist tuh?ade ke senior2 ak yg dah lame keje dlm bidang ni?

Anonymous said...

Salam. Kak. Dari tadi saya search pasal geologi ni. Saya lepasan matrik. Nak tanya, pointer berapa baru boleh diterima untuk kursus geologi? Akak boleh email saya ezzaamirra@yahoo.com

Unknown said...

Adek adek..study je geology ni..grade then join OnG..masyukkkkkk..percayalah..gud luck adek2 semua

Anonymous said...

saya baru jumpa risalah tentang geologi ni.. saya nak tanya pathway utk cebur bidang geologi..bakal habis SPM...

add fb Nurnajiah Zainurin

Anonymous said...

Salam.. Akak.. Sya skrg form 4 dh nk msuk form 5.. Sya minat nk jadi geologi. SBB sya nk thu perkmbngn dunia. Tp sya bkn kls saints.. Sya sastera. Tp amik georgrafi. Sya layak ke jadi geologi?

Anonymous said...

Awak kena ambil fizik,kimia dan bio ngan add math,geografi dgn geologi x sama...harap awak mendaftar subjek nie semasa pendaftaran spm taon depan...

Anonymous said...

assalamualaikum,akak .saya minat dgn geologi ni sgt2.harap akak dpt bimbing saya pls.ini email saya waniaqila97@yahoo.com

Unknown said...

salam akak . saya baru terbaca entry ni . mm , nak tanya . bidang geologi dengan meteorologi tak sama ek ?

Anonymous said...

Kak,boleh bg tahu sy tntg geologi ni dngn lebih detail? Saya minat nk jdkan imi kerjaya saya,tapi sy kena betul betul fahamkan dulu apa yg perlu saya buat. Tlg saya kak,ni nama fb saya. Nur Asyhira

Nur Izzatie said...

assalamualaikum . saye minaaaaaaaat sgt nak amik geologi nihhh tp result kurang oke utk masuk ke um T.T macam mne yeee

Anonymous said...

Salam kak. Saya dapat 3 offers drpd u yang berlainan. antaranya dprd um dibawah course geology and utm dibawah course snc nuclear. boleh akk share sikit pandangan tentang 2course ni? tq

Unknown said...

assalammualaikum akk...saya nana sekarang saya study di matrukulasi..saya masih confuse tntng cita2 saya..saya nak jd semua kalau diikutkan sb hati saya berubah2 ...tpi saya teringat pd guru sekolah mnengah saya dlu kos geologi ni sgt menarik..lg pon dlu di skolah menengah saya ambik subjek geografi selama 5 tahun rasa macm tk berbaloi saya blja begitu la dan saya sia2 kan apa yg saya blja dlu..di matrik saya ambik kos sains tulen...jadi apa yg saya prlu buat untuk terus berkecimpung dlm bidng geologi tu?

Unknown said...

assalammualaikum akk...saya nana sekarang saya study di matrukulasi..saya masih confuse tntng cita2 saya..saya nak jd semua kalau diikutkan sb hati saya berubah2 ...tpi saya teringat pd guru sekolah mnengah saya dlu kos geologi ni sgt menarik..lg pon dlu di skolah menengah saya ambik subjek geografi selama 5 tahun rasa macm tk berbaloi saya blja begitu la dan saya sia2 kan apa yg saya blja dlu..di matrik saya ambik kos sains tulen...jadi apa yg saya prlu buat untuk terus berkecimpung dlm bidng geologi tu?

Unknown said...

assalamualaikum , boleh x nak tahu berapa pointer perlu dapat utk jurusan geology ni ?

Anonymous said...

Assalamualaikum kak .. sy nak tanya .. sy f5 dan berminat dgn course geologi ni .. sy ambil aliran sains tulen tapi sub geografi tidak .. adakah sub geografi ada kena mengena dgn geologi?

Anonymous said...

assalamualaikum kak, apa kelayakan spm utk ambil course geologi eh? boleh saya tahu mcm mna nak contact akak? saya nk tahu lebih detail pasal geologi. terima kasih :)

Anonymous said...

Assalamualaikum kak. Saya lepasan spm16, bukan pelajar aliran sains tulen tapi aliran kemanusiaan yg mngambil aliran geo. Adakah dgn mengambil subj sbgini, adakah saya layak untuk geologi? Saya harap akak boleh bimbing saya :)) email; zettyrozz_99@yahoo.com

Unknown said...

Assalamualikum..kak apa beza geologi n geologi gunaan?